Thursday, April 28, 2011

Antara Al-Quran, English, dan Bahasa.. mana satu nak didahulukan?

Aku adalah diantara ibu-ibu yg mahukan anak2 menjadi soleh, solehah, pandai, genius, bijak etc… aku yakin semua mother nak camtu.. aku tak terkecuali..  tapi diantara dunia dan akhirat mana 1 nak didahulukan…  as for me, aku start dengan semua sekali gus.. aku gunakan ayat "mengaji" untuk baca al-quran, "baca buku" untuk bahasa dan "read book" untuk english... ini untuk Aiman dan Damia faham dan reti beza antara ketiga2 tersebut.. Alhamdullilah, kesannya, bila aku kata, "jum kita ngaji" Aiman akan ambik buku al-furqan.. bila aku kata pulak "come, we read book" scr automatik Aiman akan buka laptop @ flash card, dan bila aku kata pulak "jum, kita baca buku" Aiman akan ambik buku E-Xra.. walaubagaimanapun, aku terpk2 gak bule ke anak aku nak catch up semua sekali ni? Tak pressure ke nnt? Bla.. bla.. bla… and bla… bla… tapi aku tetap think positive.. aku yakin, anak2 yg dilahirkan mmg genius.. anak2 bagaikan kain putih, parents la yg akan mencorakkan kain tersebut.. pandai olah, cantiklah lukisan kat kain tu.. as for me, aku mulakan langkah mengajar serentak.. tapi off course aku akan dahulukan akhirat, bacaan al-quran sebagai asas sebagai muslim dan juga sebagai pedoman @ pegangan untuk  anak2 aku menjalani kehidupan ini yg penuh dengan pancaroba…. Aku spend so much in time, money and everything untuk pastikan anak2 aku layak utk semua ni.. untuk bahasa, aku gunakan kaedah E-Xra.. Alhamdulillah.. aku sgt2 berpuas hati… sistem E-xra ni menggunakan kaedah fonik/fonetik, dimana anak2 tidak dikenalkan dengan nama huruf tapi diajar bunyi2 huruf. secara peribadi, aku suka guna kaedah fonik/fonetik ni.. labih berkesan dan senang compare dengan kaedah yg kita guna dulu2 iaitu kaedah mengeja.. Aiman dah start pandai membaca.. nak ajar anak ni, kena kesabaran dan displin yg tinggi.. Alhamdullilah, dan syukur sgt Aiman dpt catch up semua yg aku ajarkan.. Syukur Ya Allah. 

inilah buku yg aku gunakan untuk mengajar Aiman.. actually dia ada set sekali vcd dan buku latihan.. Aiman baru buku 1 & 2 ni.. semuanya ada 3 buah.. makna, ada 6 modul..1 buku 2 modul.. target membaca adalah untuk jangka masa 3 bulan.. I/ALLAH Aiman dah hampir nak habiskan buku 1 ni.. Alhamdullilah...

Dan untuk ajar mengaji pula, Sebagai permulaan, aku ajarkan anak2 aku dengan menggunakan Al-Furqan keluaran read network.. aku paksa anak2 aku tgk vcd nasyid yg punya doa2, ayat2 al-quran, malah dr dalam kandungan lagi aku dah ajarkan al-quran kepada mereka.. hari2 aku perdengarkan al-quran kepada anak2.. aku takmau mistake yg aku pernah lakukan dlm hidup berulang kepada anak2.. aku akan pastikan semua itu,, I/ALLAH., semoga Allah permudahkan niat suci aku ini.. ameen…  kesan dr ayat2 al-quran itu sgt Nampak kepada Damia.. sampai skrg bila time nak tidur atau waktu2 dia tantrum aku akan perdengarkan ayat2 al-Quran.. Alhamdullilah, senang dia tidur.. amanlah dunia.. hahaha ..


inilah set buku al-furqan yg aku gunakan kat anak2 aku.. flash card al-furqan ni pun aku guna juga...  bila Aiman dah biasa dengan ayat2 al-furqan dlm vcd nasyid tersebut barulah aku buka buku ngaji.. Alhamdullilah, dalam masa 2 minggu ni, Aiman hampir menghabiskan buku al-furqan 1..  bukan Aiman saja, Damia pun dah kenal a few dlm al-furqan ni...  aku sangat berbangga... ibu mana yg tak berbangga kan?


 sebenarnya ni first time aku upload video dlm utube.. hahaha.. berjaya juga akhirnya.. :D


 Damia pun apa kurangnya.. dah tunjuk minat nak mengaji.. habis buku2 abg dia belek2.. siap ada yg tergoyak lagi.. hehehe.. suuuuuuuuuuuuka :)

dan untuk english pula, aku gunakan sistem flash card, power point.. hari2 aku tayangkan kat anak2 aku.. untuk english ni, very very soon, I/ALLAH aku akan hadiahkan sesuatu  untuk depa.. nak tau apa? tunggguuuuuuuuuuuuuuu.........................

kesimpulannya, jujur aku katakan, aku rasa aku terlambat mengajar anak2 aku.. takpe la.. lambat tak semestinya gagal kan? :)

No comments:

Post a Comment