Monday, June 27, 2011

Hari – hari terakhir di D`piazza Condominium, Bayan Baru, Penang….




Untuk 2 minggu terakhir di sini, hari2 Aiman dan Damia turun main air kat pool.. bukan main suka lagi depa.. tiap2 petang tunggu abah balik keje bawa depa turun main pool.. nak harapkan aku bawa turun sorang2, tak daya aku.. Aiman ni turun je terus lari kesana, kemari.. tak sempat nak kawal.. makanya memang kena tunggu abah balik keje.. abah sampai je kat muka pintu terus suruh abah tukar baju.. layan je la… lepas ni balik KL, taktau bila pulak ada peluang nak duk kat condo camni.. Rumah di KL terrace house, mmg takde poolnya.. so layan je la anak2 main pool.. siap dah nak bule brenang lagi.. dari awalnya Aiman takut nak turun pool.. guna pelampung je, main pula kat children pool yang cetek tu.. sekarang ni pelambung kemana, children pool kemana.. bila turun kepool, terus terjun kat pool yang untuk adult punya.. parasnya kat dada aku.. dah independent pun, guna arms band je.. sebab tu aku ingat nanti balik KL, aku nak send anak2 aku pegi swimming lesson kat mana2.. rasanya paling dekat pun kat DBKL kot.. takpe2, nnt aku usyar2.. anyone here, ada sape2 tahu tak kat mana.. kalau ada inform me ya.. thanks in advanced..

So apa lagi, layan je la pics Aiman dam Damia ye.. enjoysssssssss

 jump!!







 masa untuk balik...... 
bye-bye

Happy father’s day to my hubby; MOHD FADHIR ABDUL MANAP




Abah, ayah, bapak, daddy, baba, walid atau sebagainya merujuk kepada individu yang sama..  jika hari ibu disambut pada hari ahad minggu ke2 didalam bulan May, hari bapa pula disambut pada hari ahad minggu ke3 didalam bulan June..  Besarnya pengorbanan seorang bapa hanya ALLAH yang dapat membalasnya.. tanpa bapa, tiadalah anak dimuka bumi ini.. untuk suamiku yang tersayang, MOHD FADHIR ABDUL MANAP, SELAMAT HARI BAPA.. Abang adalah;
  •  Abah yang paling baik untuk Aiman dan Damia
  • Abah adalah insan no 1 untuk Aiman dan Damia, umi juge.. :)
  •  Abah yang sanggup berjaga malam jika Aiman @ Damia tak sihat. Sampaikan kdg2 aku yang terlena tapi abah tetap akan berjaga malam demi menjaga anak2…  padahal esoknya keje lagi… Bila anak2 tak sihat abahlah orang  yang paling risau…
  •  Abah yang tak kenal erti penat melayan karenah Aiman dan Damia.. balik dr keje, terus melayan apa yang anak2 nak.. main dengan anak…
  •  Abah yang akan cuba memenuhi semua kehendak Aiman dan Damia
  •  Abah yang ringan tulang.. yang selalu menolong umi basuh pinggan, tolong umi masak, tolong umi jemur baju.. malah abah juga yang menolong kemas rumah…
  •  Abah yang mencari rezeki demi membesarkan Aiman dan Damia tanpa mengenal erti penat… tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri….
  •  Abah yang sangat penyayang..
  •  Abah yang sangat memahami Aiman dan Damia.. sampai kesatu tahap, abah yang lebih memahami anak2 berbanding umi… hihi…
  •  Abah adalah segala-galanya buat umi, Aiman dan Damia
  • Abah yang sentiasa memastikan keselamatan dan keselesaan Aiman dan Damia
(kalau nak list, berjela2 la jawabnya… ) – wink, wink…..

So happen, this year 2011 hari bapa disambut pada June 19, 2011… and again it happen masa aku balik kg in that very precious moment..  aku pun plan nak celebrate that day kat kg.. ye la, semua ada kan… a surprise celebration for my beloved hubby.. aku invited all my family member for lunch.. the chief for the day is Kak Long.. Thanks kak long for the delicious ayam and asam pedas..  and also thanks to Kak Wan sanggup mengsponser kek… jimat aku.. hihi…  the best part is my hubby langsung tak dapat menghidu.. bila time lunch kami semua dah menunggu kat ruang makan… bila hubby aku keluar je dia nampak kek.. Hubby ingatkan tu kek untuk besday anak2 buah aku @ abang ipar aku.. Sekali semua org suh dia potong kek… apa lagi terkejut dia, tapi muka maintain control macho.. hahaha…..

 muka abah yg control handsome.. hehe.. 
We love you abah... luv u sooooooooooooooo much.. muahss


Sunday, June 12, 2011

Ocean World Birthday Party for Aiman and Damia

Alhamdulillah, Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNYA, majlis sambutan hari lahir anak2 aku Aiman dan Damia telah berlangsung pada May, 14 2011, hari sabtu, bertempat di KFC Alor Star.

Majlis telah disambut dengan begitu meriah, majlis sepatutnya bermula pada 11.30pg tapi semua dtg lambat kecuali Edah dan Ajah.. Depa sampai tepat2 jam 11.30, sama2 sampai dengan aku.. msa tu pihak KFC pun belum prepare semuanya lagi pun.. hampir jam 12.30tgh hari baru la semua ready.. tapi kena tunggu pulak kak wan aka mak long dan sepupu aku sampai untuk upacara memotong kek. hampir pukul 1 tgh hari baru dapat potong kek. masa nak potong kek, chicky pun keluar bersama sama dengan kek dan hadiah utk Aiman dan Damia.. it was fun bila semua org sibuk nak bergambar dan bersalam dengan chicky sementara anak2 aku takut.. hahaha..

sepapatutnya ada game yg dikelolakan dr pihak KFC, tapi disebabkan aku minta buat party ni hari sabtu, depa takle nak handle buat game pasal ramai org. aku plak takle nak buat hari lain, sabtu is the best day for me, as my hubby pun leh cuti, and sedara mara pun cuti.. takpe la, walaupun takde game majlis tetap meriah..

 A birthday`s face
My anak Solehah Damia dan Anak Soleh Aiman




 
Happy family ever... :)




ketibaan Chicky tepat pada waktu memotong kek



Aiman dan Damia dapat hadiah dr Chicky..




 meals yg dihidangkan khas utk tetamu2 yg hadir...

huh! agak lama rupanya entry ni tersimpan kat dlm draft.. aku tgh godeh2 tadi baru perasan.. dah basi pun citer ni.. takpe la, post je la entry ni.. apapun, its really a big day for my kids.. thanks for all yg datang memeriahkan party ni... muahhs..