Wednesday, July 27, 2011

sharing is caring.. membantu kepada yang memerlukan..

 hari ni aku baca al kisah ni.. sgt menyentuh hati.. air mata mengalir tak henti2.. susah plak nak stop.. terus aku ambik keputusan nak share kisah ni.. kita sesama islam harus saling bantu membantu. jika tak mampu nak menolong memberi duit, kita berdoa.. sesungguhnya doa adalah senjata org mukmin....
 
begini kisahnya...
****aku copy paste je pasei aku terlalu sebak, taktau nak buat ayat camne, kalau u all nak baca cerita yg lebih details, u all baca kat blog kakak iparnya, moon.. http://miera301.blogspot.com/search/label/Norma
______________________________________________________________________________________________

Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.
 Dihari bahgia Norma & Talib


Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal.

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.

Rafiq - Permata hati Norma dan Talib

Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan *


Norma di hospital, jauh beza ketika sihat :(


I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali
Since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan.
Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?

Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...

Bersama anakandanya Rafiq

Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.
Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)

Kekasih hati yang sentiasa disisi

Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon.
Sila lah panjang-panjang kan di FB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.

Saturday, July 23, 2011

huhu... Sibuk sgt ke aku ni?

huh.. agak lama aku tak update blog.. kalau rumah cam tak berkemas, dah berhabuk sana sani... sarang labah2 merata2.. hahaha... nasib ni bukan rumah, kalu tidak,,, mmm taktau la nak jadi apa.. agaknya jadi cam rumah aku yang aku tinggalkan selama 6 bulan kot.. the time aku ikut suami out station kat sana...

well, niat mmg nak update.. idea mmg ada tapi tu bila bukan kat depan lappy aku ni.. bila kat depan laptop ada ja nak buat, nak surfing sampaikan idea nak update blog tu tersimpan camtu je.. bukan tu je, sejak balik rumah ni, ada je keje nak buat.. nak kemas la.. nak lap habuk2 la.. kemas itu ini.. siapkan study area untuk anak2 aku..tapi study table tak sempat nak p beli lagi, tgh cr masa nak p beli tak pi pi beli lagi.. sibuk mengemas rumah.. huh! penat sehhh.. tak daya aku nak buat semua tu sendiri,, untung aku ada suami yg sangat memahami.. dan ringan tulang.. My hubby la yg banyak tolong kemaskan rumah.. punya la sibuk mengemas sampaikan pembelajaran anak2 aku pun tertangguh.. huhu... kesian kat depa.. terutamanya Aiman la.. banyak yg ketinggalan.. takpe la, aku akan back on track ASAP dengan bantuan suamiku yang tercinta... Damia? As usual la.. aku ajar ke tak ke.. Damia tetap sukakan buku... celik je mata, ngadap buku.. kdg2 minta aku bacakan her fev story book berulang2 kali.. ada 1 hari tu dia minta aku bacakan lebih dr 20x.. layan je la.. minat Damia kat buku ni sgt mendalam.. Alhamdulillah skrg ni Damia dah kurang byk koyak2 buku cam dulu.. dah makin cerdik kata suamiku....

bercerita kenapa aku sibuk sgt. here is the story selain mengemas rumah yang tertinggal lama.... sebenarnya,  aku mula buat bisnes jual chocolate.. bukan hanya untuk Aidilfitri tapi ianya sgt sesuai untuk semua occasion seperti wedding, akikah, birthday, door gift, bg kat makwe pun sgt la sesuai.. pakwe pun ape salahnya... ehh, bukan pakwe makwe je tau.. suami isteri pun  tersangat2 la sesuai.. sesuai dengan chocolate yg terkenal dengan sifat keromantikkannya.. hihi... chocolate yg aku buat ni tastenya sama seperti well known brand that u know macam cadbury.. mmg sedap, GERENTI!  chocolate ni aku  dah start jual tapi blog masih lagi dlm pembikinan.. hihi.. nnt dah siap aku akan publish tu u all okeh.. dalam facebook aku dah create page.. u all search for "ct chocolate" sure jumpa dan 'like' la ramai.. lagi aku suka kalau u all beli.. :p 

below are the pics of my homemade chocolate....

chocolate in a decorative box.. (mix design and colors)


 cornflakes chocolate..
cornflakes chocolate in a decorative box..


ketupat chocolate - kurma filling...
yang ni special aku buat sempena AidilFitri ni.. 


chocolate in a box.. 4pcs perbox...

Actually banyak lagi design2 chocolate, tapi aku dah tak daya nak ngadap laptop ni.. mata dah ngantuk sgt.. next time bila2 aku rajin dan punya masa akan aku upload lagi... this time saje je nak bg u all terliur.. hihi.. btw, if nak order sgt2 dialu2kan.. bole contact me.. :)